Rabu, 11 September 2013

korang info terkini

image

Korang taukan semalam kecoh fasal kindaichi hajime buat perbikinan filem dekat KL???? wow! semalam saya dah tengok dekat facebook.. tapi tak sempat post sebab kena balik rumah... :( gomen ne minna-chan~.. ni gambar yang saya dapat dari kumpulan-kumpulan peminat Hey! Say! JUMP.... korang saya dapat tahu diaorang dah balik ke Jepun 8/9/2013 itu hari.. ala~

Sabtu, 7 September 2013

Myojo, Oktober 2013 Hey!Say!JUMP 50 Soalan (Bahasa Melayu)

     Semalam saya dah kongsikan bahagian 1..image Hari ini pula saya kongsi bahagian 2 bagi majalah Myojo untuk bulan oktober 2013..image Masih ada 2 3 bahagian lagi.. haaaa~ bila nak siap pun saya tak pastiimage.. Tapi tak apa.. layanlah dulu ni ok! Nanti ada masa saya alihkan bahasa untuk 2 3 bahagian lagi... Semoga terhibur~!image

Jumaat, 6 September 2013

Cara-cara nak Follow blog Hey! Say! JUMP Malaysia (How to follow this blog)


image

Myojo, Oktober 2013 Hey!Say!JUMP 50 Soalan (Bahasa Melayu)



Selamat pagi semua..image Beberapa hari lepas saya dah kongsikan gambar mereka.  Sekarang saya nak kongsikan ini pula...Letihlah juga sebab banyak sangat nak alihkan bahasa walaupun nampak sikit bila membaca..image Oleh sebab itu mari baca ramai-ramai. Selamat terhibur. .!image

Selasa, 3 September 2013

Admin baru diperlukan (the new admin are needed)

Selamat malam semua, seperti yang anda baca pada tajuk, blog ini amat berminat untuk mencari Admin tambahan. Ada sesiapa berminat? image - terhad untuk dua orang sahaja!

Myojo 2013.10- Hey! Say! JUMP!

Assalamualaikum dan selamat malam kepada para JUMPer / Tobikko sekalian.. maafkan saya ya sebab dah lama tak mengemas kini data-data mengenai mereka.image Saya minta maaf sangat sebab saya seorang sahaja admin dalam blog ni, tak cukup tangan dibuatnya. Lagipun tengah sibuk dengan sekolah. Ada sesiapa nak minta jadi admin secara suka rela?

Tanpa buang masa, nampaknya saya tengok semua kecoh mengenai Myojo 2013.10 jadi, saya ingat nak kongsikan bersama.image



Khamis, 15 Ogos 2013

fanfic - versi malay (no yaoi)

Tajuk: dia yang aku cinta!

Pairing (gabungan) : AriYama, TaDai, NakaChii, DaiBuu

Penulis: saya (Jumping Girl)


Ringkasan: seorang gadis yang datang dari planet mundur dan tidak disangkakan yang dia terjatuh cinta pada Takaki Yuya salah seorang pelajar kaya disekolahnya… tanpa disangka-sangka salah seorang dari “The Legend Boy” sukanya dalam diam.. apa yang akan terjadi?

Jenis: Romantik, kawan, fantasi

Kedudukan: PG-13

Peringatan: Arioka Daiki dan Chinen Yuri adalah perempuan…

Prolog – malay version

   “Kyaaaaa~~” semua orang menjerit bagai esok nak kiamat. Ini situasi yang akan berlaku setiap kali ‘The Legend Boy’ lalu dihadapan para peminatnya. Apa yang menarik mengenai mereka pun aku tak pasti tapi dari pandangan aku diorang hanya anak-anak jutawan yang hanya tahu mengunakan duit mak bapak untuk kepuasan sendiri. Itu apa yang Arioka Daiki fikirkan setiap kali terpandang wajah ‘The Legend Boy’.
   
  Siapa yang tak kenal dengan ‘The Legend Boy’? Mereka terdiri daripada 4 orang lelaki yang kaya mengalahkan jutawan-jutawan yang ada, bijak pandai, malahan pandai bersukan. Ada uar-uar mengatakan yang diaorang pernah mengegarkan Planet White Diamond dengan kehebatan mereka. 

     Sebut mengenai Planet White Diamond, planet ini kaya dengan permata putih sehingga menjadikan planet ini paling terkenal diantara planet-planet di  galaksi ini. Planet ini terkenal dan ramai tahu bahawa semua orang di Planet ini kaya raya. Ramai dari planet lain yang datang ke planet ini untuk mencuba nasib tidak terkecuali buat diri Daiki. Daiki seorang gadis pandai dan mempunyai raut wajah yang comel, dia datang dari planet yang mundur yang digelar planet padang terkukur. Planet yang hanya akan berbuah dan kehijauan setiap dua tahun sekali sahaja. Mereka hanya dapat bantuan dan cenderamata dari planet-planet jiran termasuklah Planet White Diamond setiap kali perayaan besar diadakan. Kehidupan disitu jangan dikatakan teruk tapi sememangnya teramat teruk. Kesengsaraan mereka telah menyebabkan penduduk kampung menghantar beberapa orang wakil untuk bekerja disana dan menghantar makanan setiap kali mereka dapat gaji.
    
      Bagaimana Arioka Daiki boleh sampai ke planet ini? Ini disebabkan keinginan Daiki untuk membantu penduduk kampung dari berlingu dalam kesusahan.
   
-------

    2 tahun yang lepas…..
    “Betul ke Dai-chan nak ke Planet White Diamond?” tanya ayah Dai-chan dalam keadaan ragu-ragu.
   
     Ni mesti kes tak percayai anaklah ni, gertus hati Dai-chan.
  
     “Betul Oto-san.” Kata Dai-chan dengan bersungguh-sungguh. Susah benar untuk menyakinkan ayahnya seorang ni.
   
     “Kalau itu yang Dai-chan nak Oto-san tak dapat nak buat apa tetapi ada syaratnya!” kata ayahnya sambil mengulung rokok daun.

   “Nani Oto-san?” kata Dai-chan dengan mata bersinar-sinar.

   “Kamu boleh pergi bekerja disana tetapi…” ayah Daiki menghisap rokok daunnya dan menghembus asap rokok sebelum menyambung semula kata-katanya. Daiki tak sabar-sabar untuk mengetahui ayat seterusnya hanya memerhati perbuatan bapanya.

   “Oto-san akan hantar kamu belajar di sekolah sana.” Kata-kata ayahnya benar-benar memeranjatnya.
  Gila ke apa? Dahlah makan tak cukup ada hati ayahnya nak hantarnya untuk belajar disana. Harga nak masuk sekolah disana mencecah 70,000 yen (tak diketahui nilai duit semasa.. kalau mahu menukarkan wang yen kepada ringgit.. maaf)

   “EHHH?? Doishite??? Kita duit pun cukup-cukup makan untuk setahun ni. Nak dapat duit lebih lambat lagi Oto-san. Janganlah membazir, saya pergi sana nak bekerja bukan nak belajar.” Daiki cuba memahami apa yang ayahnya rancang. Pasti ada rancangan yang dirancang oleh ayahnya.

   “Kamu nak ikut cakap Oto-san atau tak payah pergi sana langsung. Pilih mana satu”  kata ayahnya dengan tegas.

   Daiki mengeluh. Dia tahu yang dia tiada pilihan selain menerima tawaran yang tak masuk akal itu lalu dia bersetuju dengan cadangan ayahnya.

   “DAIKI!”


Bersambung….


Myojo, Mac 2013 - "Kekasih" Yaotome Hikaru

Yoh! Apa khabar semua? Harap kau orang semua sihat-sihat belaka..image Saya sihat waa'fiat..image Saya baru sahaja mengkongsikan mengenai Dai-chan baru-baru ni.. Sekarang saya nak tanya siapa peminat Hikaru-chan atau nama sebenar beliau Yaotome Hikaru,image kalau ada peminatnya datang melawat blog ni baguslah sebab saya nak kemas kini mengenainya di blog ni.. Semoga terhibur..image



*Hikaru.. fufufuimage*



Sabtu, 20 Julai 2013

Myojo, Mac 2013 - "Kekasih" Arioka Daiki



Malam ni saya nak kongsikan mengenai Dai-chan pula...image Dia mempunyai wajah boleh digelarkan "Muka Bayi".. Cemburu saya rasa... image Semoga terhibur! image


Jumaat, 19 Julai 2013

kembali! (bersama gambar)

Gomenasai minna-chan!image .. maaf sebab tiba-tiba menyepi.. Yelahkan?? Sekarangkan kita berada di bulan yang paling mulia iaitu Bulan Ramadhan.. image.. Saya mohon maaf kepada siapa yang mahu membaca mengenai majalah Myojo bulan Mac 2013 mengenai Hey! Say! JUMP dalam pengalihan bahasa.. Saya sempat alihkan bahasa untuk Yuri, Kota dan Ryosuke sahaja.. Saya minta maaf image  kepada sesiapa nak baca mengenai Hikaru, Yuto, Keito, Daiki atau Yuya.. Saya akan cuba untuk mengalihkan bahasa mengenai mereka sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba.. image sudah pasti semua semakin sibuk untuk persiapan perayaankan?? image

Mari sini kita cuci-cuci mata sekejap dengan gambar-gambar menarik di bawah:

Rabu, 10 Julai 2013

Myojo, Mac 2013 "kekasih" Yamada Ryosuke

Konichiwa minna-chan!!!image.... Sebelum ini saya telah kongsikan mengenai Chinen Yuri.. Malam ini pula saya nak kongsikan mengenai Yamada Ryosuka..  siapa peminat Ryo-chan dekat sini??http://i1191.photobucket.com/albums/z479/lolehhe/tumblr_lvo195MkT21qf290m.gif... Baiklah! Selamat membaca buat peminat Ryo-chan!image

*oh my "Senyuman Membunuh" awak sangat comel..image*

Isnin, 8 Julai 2013

Myojo, mac 2013 "kekasih" Chinen Yuri

Konichiwa minna-chan! semalam saya sudah kongsikan fasal Yabu Kota.. baiklah kali ini saya nak  kongsikan pengalihan bahasa untuk Chinen Yuri...Siapa peminat "Tupai Kecil" atau dikenali sebagai Chinen Yuri disini?... Baiklah tanpa melengahkan masa.. selamat membaca!

*oh my "Tupai Kecil".. rasa nak cubit saja pipi dia"image