Sabtu, 7 September 2013

Myojo, Oktober 2013 Hey!Say!JUMP 50 Soalan (Bahasa Melayu)

     Semalam saya dah kongsikan bahagian 1..image Hari ini pula saya kongsi bahagian 2 bagi majalah Myojo untuk bulan oktober 2013..image Masih ada 2 3 bahagian lagi.. haaaa~ bila nak siap pun saya tak pastiimage.. Tapi tak apa.. layanlah dulu ni ok! Nanti ada masa saya alihkan bahasa untuk 2 3 bahagian lagi... Semoga terhibur~!image

image

Bahagian 2 (*A*) Soalan 13~25

Kalau korang nak gambar ni 
sila klik dekat Sini


S13: Anda suka gaya rambut gadis yang macam mana?

A.      Pendek
B.      Separuh panjang
C.      Panjang

Yamada: B
Chinen: A
Yuto: B
Keito: C
Daiki: B
Takaki: B
Inoo: B
Yabu: B
Hikaru: B

Yuto: Jika ia terlalu panjang maka ia sedikit...
Saya suka rambut pendek tapi bila dia datang untuk menguruskan rambut awak dalam cara yang berbeza maka rambut separuh pendek adalah yang terbaik. Melihat dia meninggalkan rambut terikat atau ekor kuda akan membuat jantung saya berdegup kencang.

Inoo: Sejujurnya, kalau ia sesuai dengan awak, jadi gaya macam manapun tetap saya suka. Tapi jika suruh saya pilih yang mana satu, saya akan pilih separuh panjang. Daripada rambut panjang, masa ini saya lihat rambut mampu mengubah segala-galanya. Ia akan membuat jantung saya berdegup laju.


S14: Seluar wanita yang mana anda menjadi pilihan?

A.      Pendek
B.       Seluar
C.      Skirt mini (skirt pendek)
D.      Skirt panjang

Yamada: B
Chinen: A
Yuto: D
Keito: C
Daiki: A
Takaki: B
Inoo: C
Yabu: C (erk? o_o)
Hikaru: A

Chinen: Pendek atau skirt mini pun bagus~ Lagipun, dapat melihat kaki yang cantik akan membuatkannya cantik (gelak). Selepas memilih hanya satu walaupun saya lebih suka mempunyai seorang gadis yang ceria daripada sesuatu yang setia. Jadi saya pilih pendek!

Hikaru: Kalau ia skirt, saya sangat lemah dengan orang yang terlalu keperempuanan. Bagi saya, saya tertanya-tanya adakah saya suka seluar. Hmm tapi seluar tak terlalu terdedah jadi mari kita pilih pendek! (Sengal punya Hika-chan!image)


S15: Jika anda ke temu janji, jenis gadis macamana menjadi pilihan?

A.      Jenis Cantik
B.      Jenis Comel

Yamada: B
Chinen: B
Yuto: A
Keito: B
Daiki: A
Takaki: A
Inoo: A
Yabu:  (ok! sentap dengan ko-chan!image)
Hikaru: A

Yuto: Saya rasa seperti ada had perempuan jenis comel untuk jadi cantik. Tetapi disebaliknya pula, perempuan cantik cuba menunjuk kecomelnya maka ia sangat mudah. Kedengaran ia jurang yang besar bagi saya.

Yabu: Kerana saya suka gadis yang ada perasaan yang menenangkan disekelilingnya, saya memilih gadis jenis cantik berbanding yang comel! Saya suka gadis berusia yang cantik dan juga yang muda yang bolehn kawal ketenangannya. Melihat orang cantik ni kucar-kacir sekali sekala, melihat bahagian itu kedengaran bagus untuk saya.

Hikaru: Ada kecantikkan kepada mereka apabila awak melihat mereka mendedikasikan diri mereka untuk sesuatu. Sama ada menjadi pelajar seni atau gadis berpeluh yang berkerja di gimnasium, bila saya lihat orang macam ni, ia membuatkan saya ingin bercakap dengan mereka.

S16: Jika anda keluar bertemu janji, mana yang anda akan pergi?

A.      Taman tema / taman hiburan
B.       Laut
C.      Kedai pakaian
D.      Perpustakaan
E.       Rumah teman wanita

Yamada: B
Chinen: E
Yuto: C
Keito: A
Daiki: A
Takaki: B
Inoo: E
Yabu: E
Hikaru: D

Chinen: Temu janji dirumah bunyi seperti menyeronokkan. Kami boleh bersantai di dalam biliknya dan jika dia buat gyoza pada saya maka ia jadi menakjubkan Saya tak reti masa tetapi bila ia membungkus gyoza, Saya akan membantu.

Daiki: Saya mahu bermain di permainan dan semuanya merujakan ♪ . Saya fikir ia menarik walaupun pada awalnya agak lewa, kami boleh pergi mencari bangku dan berbual dari hati ke hari. Saya sentiasa mahu pergi temujanji di taman hiburan! (saya nak pergi temujanji dengan awak~image tak kira nak gi gak!image )

Yabu: (Kena potong.. maaf!)Sejak saya mempunyai perut yang lemah. Saya nak pergi ke rumah teman wanita saya dan memasak pelbagai makan hasil tangan sendiri. Bukannya dari sesuatu yang dari menu atau beli-siap, saya sentiasa merindui makanan yang dibuat dari awal daripada bahan-bahan yang di bawak keluar segar dari petik sejuk! (eh?? sejak bila awak ada gastrik?image)


S17: Persahabatan antara lelaki dan perempuan?

A.      Anda biarkan mereka
B.      Anda tak membiarkan mereka

Yamada: B
Chinen: A
Yuto: A
Keito: A
Daiki: A
Takaki: A
Inoo: A
Yabu: A
Hikaru: A

Daiki: Kalangan rakan-rakan, lelaki mempunyai pemikiran yang berbeza jadi ia menakjubkan bila mereka melihatnya. Saya simpan cinta dan persahabatan berasingan. Walaupun ia adalah sukar untuk mengatakan ia tak ada apa yang akan berkembang daripada itu.

Inoo: Sejak sekolah rendah, perempuan dan lelaki berpecah kepada kumpulan tetapi ia tidak berlaku perubahan yang banyak seperti sekarang dan sama anda awak lelaki atau perempuan, kawan adalah kawankan? Jadi ia tak mengapa kalau keluar makan dengan kawan perempuan, hanya dua orang sahaja!


S18: Bila anda duduk disebelah seseorang, belah mana yang anda rasa lebih tenang?

A.      Belah Kanan
B.      Belah Kiri

Yamada: B
Chinen: B
Yuto: B
Keito: A
Daiki: B
Takaki: B
Inoo: B
Yabu: A
Hikaru: A

Yuto: Ehhh! Ia sesuatu yang saya ambil notis! Menghadapi seseorang, secara depan-depan atau posisi adalh sesutau yang tak penting. Tapi, kiri atau kanan, mana-mana pon boleh. Ia bunyi menyusahkan jika manusia kena pilih bahagian. Erm, jika saya perlu memilih saya akan pilih belah kanan.

Yabu: Mungkin kanan. Jika saya berjalan dengan perempuan maka saya akan berjalan disebelah yang berdekatan dengan trafik. Jadi ia bergantung pada mana benda tu berada sama ada kiri atau kanan. Ia cuma masa awak berjalan...(Kena potong.. maaf m(>__<)m)  dan awak tak nampak apa-apa dekat depan awak (Kena potong.. maaf m(>__<)m) tangan awak kena segera bertindak balas dengan orang disebelah awak. (banyaknya kena potongimage.. image*sedih*)


S19: Bila anda jalan-jalan semasa temu janji?

A.      Anda mahu menggenggam tangannya
B.      Mahu pengang lengannya
C.      Mahu memegang bajunya
D.      Tak terlalu dekat

Yamada: A
Chinen: A
Yuto: C
Keito: B
Daiki: A
Takaki: C
Inoo: B
Yabu: A
Hikaru: D (YEAH! Bagus tu Hika-chanimage)

Yamada: Jika saya keluar kemana-mana dengan gadis kesukaan saya maka ia adalah jelas yang saya nak mahu sentiasa dekat dengannya♥. Saya fikir berpegang tangan akan menjadi sesuatu yang natural. Sudah pasti saya seorang lelaki akan memastikan saya memegangnya dengan ketat!

Yabu: Saya tak suka terlalu rapat antara satu sama lain secara berterusan. Ia tak semestinya kita perlu memegang tangan sepanjang masa temujanji. Saya lebih suka apabila ada masa dimana saya ternampak ke mana saya nak pergi dan terus sambar tangannya untuk membawanya ke sana.

Hikaru: Sebab ia akan jadi benar-benar panas bila musim panas. Saya tak suka kalau jarak kami terlalu dekat. saya suka untuk genggam tanganya bola berjalan ke tempat yang sesak dengan orang ramai, jika kita ke tempat mengikut citarasa sendiri dengan kulit kapal maka akan menjadi ok. (Gomen! Saya tak pasti apa ayat yang disampaikanimage)


S20: Lamaran yang bagaimana menjadi pilihan?

A.      Romantik yang amat!
B.      Biasa-biasa sahaja!

Yamada: A
Chinen: B
Yuto: B
Keito: A
Daiki: A
Takaki: A
Inoo: A
Yabu: B
Hikaru: B

Chinen: Saya tak boleh nak bawa benda-benda romantik ni~ Hanya memberitahunya "Jom kawin" dah cukup memberi semangat kepadanya. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang baik jika kata-kata itu keluar secara semulajadi!

Daiki: Kerana ia sesuatu yang besar yang saya nak keluar secara menyeluruh! Saya akan mengunakan teknologi terkini dan rakamnya di tengah-tengah bandar secara kebetulan (ketawa). Saya akan buat lamaran yang saya boleh cerita pada anak-anak saya dengan gah♪. (Lorh! Dai-chan!!!image)

Takaki: Ia acara sekali seumur hidup dan ia sesuatu yang perempuan impikan. Jadi saya nak buat sesuatu yang membuatkan dia terperanjat. Saya akan membuat satu pelan berdasarkan dari pemikiran personali orang tu! Saya akan gugup... pasti! (ketawa).


S21: Jika anda kawin, rumahtangga yang bagaimana akan terjadi?

A.      Anda kawal sepenuh keluarga anda
B.      Isteri anda yang mengawal keluarga

Yamada: A
Chinen: B
Yuto: B
Keito: A
Daiki: B
Takaki: B
Inoo: A
Yabu: B
Hikaru: A

Yamada: Bagi saya, sebagai seorang lelaki, saya suka berfikir bahawa saya mampu menarik seorang gadis bersama-sama dengan saya, lebih kurang lelaki jenis "Saya terbaik", jadi saya ingin menjadi orang yang memerintah keluarga. saya pasti tak suka jika saya dibelakang isteri saya! Ia tak masuk akal!

Keito: Sesuai untuk saya, untuk memerintah! Saya nak jadi lelaki hebat yang isterinya boleh bergantung kepadanya. (P/S: kena potong.. maaf m(>___<)m)


S22: Bila anda mengeyit, mana satu lebih senang dilakukan?

A.      Mata kanan
B.      Mata kiri
C.      Saya tak reti kelip

Yamada: B
Chinen: C
Yuto: A
Keito: B
Daiki: B
Takaki: A
Inoo: C
Yabu: A
Hikaru: A

Keito: Ehhh! Saya pernah cuba buatnya tapi buat dua-dua belah agak payah. Saya boleh buat dua-dua belah tapi dia tak turun dengan perlahan (gelak) Jika saya boleh buat pun, ia lebih senang bila buat belah kiri saya. Jika saya sedar yang saya mengenyit jadi ia sangat pelik untuk saya!!(meh saya ajarkan.. tapi saya reti buat ke??image rasanya tak retiimage.. image*kecewa*)

Inoo: Sejujurnya saya tak reti macam mana nak mengenyit mata. Saya boleh tutup salah satu mata saya tapi saya tak rasa itu mengenyit mata.... Ia mustahil untuk saya lakukan. Sesiapa tolonglah ajar saya nak buat macam mana! 


S23: Permainan apa kegemaran anda?

A.      Aksi
B.      Teka-teki
C.      RPG
D.      Simulasi

Yamada: A
Chinen: C
Yuto: A
Keito: C
Daiki: A
Takaki: A
Inoo: A
Yabu: A
Hikaru: A

Chinen: Permainan teka-teki terlalu bergegas dengan had masa mereka. Seab itu saya suka permainan RPG di mana saya boleh buat cerita mengikut citarasa saya sendiri. Ia menarik kalau awak tahu macam mana nak main dan berkerja sama dengan kawan-kawan alam maya.

Takaki: Permainan teka-teki bagus juga tapi saya pilih permainan aksi dengan halangan-halangan yang anda boleh bersihkan dan majukan. Antara JUMP, kami bersaing untuk skor tertinggi dan saya ditengah-tengan perjuangan  yang besar untuk cuba mengalahkan yamada dan Keito!!! (LOL.. kawaii ne~ Bakakiimage)!


S24: Yang lebih mudah untuk berunding tentang masalah anda?

A.      Keluarga
B.      Kawan
C.      Lelaki kelas atasan
D.      Lelaki kelas bawahan
E.       Cikgu

Yamada: B
Chinen: B
Yuto: A
Keito: B
Daiki: B
Takaki: B
Inoo: E
Yabu: B
Hikaru: B

Yamada: Orang yang saya bercakap kepada perubahan bergantung kepada jenis masalah saya tetapi yang saya selalu berunding ialah Dai-chan. Dai-chan betul-betul boleh dikaitkan dengan anda dan dia betul boleh mendengar dan memberi nasihat yang baik. 

Yuto: Mak saya ialah peminat saya yang paling rapat. Dia sentiasa tengok sata, jadi senang saya berunding dengannya tetang masalah kerja. Ayah saya pula, bila ia mengenai kepentingan lelaki seperti kereta dan kamera, saya boleh berunding dengannya. Saya telah melakukannya banyak kali.


S25: Siapa yang anda lebih bersama?

A.      Lelaki kelas atasan (P/S: maksudnya lelaki yang lebih berpengelaman)
B.      Lelaki kelas bawahan (P/S: masudnya lelaki yang kurang berpengelaman)
C.      Sama umur / tahap

Yamada: C
Chinen: A
Yuto: A
Keito: A
Daiki: B
Takaki: A
Inoo: C
Yabu: A
Hikaru: B

Takaki: Saya pada umumnya dengan ahli tapi saya selalu bersama-sama dengan orang lebih tua daripada saya. Dalam rangkaian kawan saya, bilangan kenalan yang semakin meningkatkan, saya perasan yang saya selalu dikelilingi dengan orang yang lebih berpengalaman.

Inoo: Selain dari kerja, saya tak sangat berinteraksi dengan mana-mana kumpulan lain. Jika saya berfikir, ahli JUMP sebagai orang berada di tahap yang sama seperti saya, maka mereka yang saya pilih untuk lebih bersama, jadi jawapan saya telah menjurus kepada C. Malah di kolej juga, orang yang saya bersama adalah orang yang sama tahun dengan saya.. 


image


Sumber asli (credit and source to):

imageCome On A My JUMP 


image

Full credit to:
JG-Chan (me)

image
image

P/S: Terima kasih sebab membaca.. :) kepada sesiapa yang mahu ambil petikan diatas hanya perlu beritahu pada saya dan kredit 100% pada "Hey! Say! JUMP Malaysia" atau atas nama saya.. Kerjasama anda sangat dihargai..

Tiada ulasan: