Isnin, 3 Jun 2013

mukadimah

(hey say jump)
dan selamat malam kepada anda.. ini blog yang baru.. saya cipta khas untuk coret berjelar-jelar mengenai artis berkumpulan diatas... kakkoi kan mereka?? 
*melting*
saya mula minat mereka sejak tahun 2011 iaitu semasa saya berumur 14 tahun... pada mulanya saya berminat pada artis k-pop tetapi selepas saya terjumpa mengenai mereka di majalah e-pop terus saya lupa pada k-pop dan terus beralih pada j-pop.. hehe.. adakalanya mereka nampak macho dan adakalanya mereka nampak comel menyebabkan saya mula jadi peminat mereka dalam diam.  *malu*
disebabkan artis jepun tidak berapa terkenal di Malaysia, maka ramai yang tak mengenalinya... tetapi tak mengapa.. blog ini saya akan cuba untuk update status berkenaan mereka dari semasa ke semasa.
*in shaa Allah* ia agak susah untuk update isu semasa diaorang sebab susah nak cari mereka di majalah malaysia.. oleh sebab itu, saya kena cari di internet dalam bahasa indonesia dan menyebabkan kita akan lambat tahu isu semasa mereka..
         neverminelah.. apa-apa pun saya akan cuba yang terbaik! Gambattane!

Tiada ulasan: