Isnin, 22 Disember 2014

Myojo, Mac 2013 - "kekasih" Nakajima yuto (Bahasa Melayu)





image





                      Selamat Malam semua.. Maaf sebab dah lama menyepi.image Kini saya free 100% sebab dah lepas SPM.. Walaupun benda ni dah setahun lepas atas pemintaan Jessica saya gagah juga translate sampai kena pinjam laptop ayah.. hehehehe image.

Ok tanpa membuang masa sila teruskan pembacaan anda.. Semoga terhibur! 


1. Apa yang akan awak cuba sampaikan melalui sudut atas?
"Keluar dengan saya!"
Sebab bagi saya membuat luahan perasaan pada sudut terperinci amatlah mustahil seumur hidup saya, Saya akan cuba fikirkannya, (tangisan).


2. Jika awak diberi peluang untuk memerintah teman wanita awak, apa yang akan berlaku?
“Basuh pakaian saya!”
Dekat rumah, segala pakaian berjenama saya diuruskan oleh keluarga saya sebab saya langsung tak reti bab berdobi. *Pastikan awak jangan pegang mesin basuh! Nanti tak fasal-fasal jadi pembeli tetap court!image*

3. Apakah jenis gurauan yang ingin awak cuba pada teman wanita awak?
Saya akan tutup lampu biliknya tiba-tiba! Atau buat air panas di bilik airnya tak keluar? Itu agak kasar gurauannya (ketawa) akan tetapi saya tetap akan buat!

4. Bahagian mana yang awak nak teman wanita awak hanya tunjukkan pada awak seorang sahaja?
Gadis dengan suasana tenang disekelilingnya, saya nak tengok sifat malunya. Saat mukanya berdepan dengan kamera dan mukanya menjadi merah sangat comel.

5. Apakah jenis tindakkan dari seorang gadis yang berterusan yang akan membuat jantung awak berdebar?
Jika dia dalam keadaan gelisah, saya akan duduk disebelah futon dua dan menanyakan "kenapa?" dan dia cakap "Tak ada apa-apalah." "Tak nak bagitahu saya?"

6. Apa yang awak akan lakukan kalau awak menerima coklat?
Saya akan bagitahunya "Kalau saya tak makan ini akan membazir." dan tangkap sekeping gambar sebelum makan. Suasana akan jadi hangat (ketawa). *manisnya~~~image*

7. Apa yang awak  akan tunjukkan hanya pada si dia sahaja?
Mungkin masa saya bangun. Segala rambut serabai saya dan kepayahan saya masa bangun tidur akan memberinya tekanan jadi maafkan saya sebab saya susah nak bangun pag jadi kalau dia yang kejut saya pasti akan gembira. *kalau saya jadi gadis tu memang saya simbah air satu baldi.image*

8. Apakah perkara yang awak tak boleh maafkan kalau gadis-gadis lain lakukan tetapi dimaafkan jika gadis yang awak suka lakukan?
Kalau ia membabitkan drum dan fotografi. Saya betul-betul nak berkongsi hobi yang sama. Walaupun saya mengajar kawan-kawan saya, jika gadis idaman saya series mengenai hobi saya, saya akan mengajar dia segala-galanya.

9. Apakah nama samaran yang anda ingin hanya teman wanita anda gunakan untuk memanggil anda?
“Yuuchan” sebab ia tidak menjadi masalah. Panggil satu sama lain sesuatu macam pasangan yang hangat bercinta (ketawa). Saya nak panggil gadis idaman saya dengan nama depannya. *nama saya Azreenimage panggil saya Lady Gaga.. eh?? Apakah?*

10. 
Apabila anda tertekan, apa yang anda mahu gadis yang anda suka lakukan untuk anda?
Sebenarnya saya suka sangat makan banyak jadi saya nak gadis idaman daya memasak dengan air tangannya. Tolong buatkan saya sesuatu yang memberi tenaga macam makanan goreng dan burger ham. *Saya tarik diri! Saya tak reti masakimage*





ARIGATOU AND FULL CREADIT TO:
image  kodochalover
image
image
P/S: Saya ubah bahasa dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Saya mohon kerjasama anda untuk menghormati titik peluh saya.image

Tiada ulasan: