Khamis, 15 Ogos 2013

fanfic - versi malay (no yaoi)

Tajuk: dia yang aku cinta!

Pairing (gabungan) : AriYama, TaDai, NakaChii, DaiBuu

Penulis: saya (Jumping Girl)


Ringkasan: seorang gadis yang datang dari planet mundur dan tidak disangkakan yang dia terjatuh cinta pada Takaki Yuya salah seorang pelajar kaya disekolahnya… tanpa disangka-sangka salah seorang dari “The Legend Boy” sukanya dalam diam.. apa yang akan terjadi?

Jenis: Romantik, kawan, fantasi

Kedudukan: PG-13

Peringatan: Arioka Daiki dan Chinen Yuri adalah perempuan…

Prolog – malay version

   “Kyaaaaa~~” semua orang menjerit bagai esok nak kiamat. Ini situasi yang akan berlaku setiap kali ‘The Legend Boy’ lalu dihadapan para peminatnya. Apa yang menarik mengenai mereka pun aku tak pasti tapi dari pandangan aku diorang hanya anak-anak jutawan yang hanya tahu mengunakan duit mak bapak untuk kepuasan sendiri. Itu apa yang Arioka Daiki fikirkan setiap kali terpandang wajah ‘The Legend Boy’.
   
  Siapa yang tak kenal dengan ‘The Legend Boy’? Mereka terdiri daripada 4 orang lelaki yang kaya mengalahkan jutawan-jutawan yang ada, bijak pandai, malahan pandai bersukan. Ada uar-uar mengatakan yang diaorang pernah mengegarkan Planet White Diamond dengan kehebatan mereka. 

     Sebut mengenai Planet White Diamond, planet ini kaya dengan permata putih sehingga menjadikan planet ini paling terkenal diantara planet-planet di  galaksi ini. Planet ini terkenal dan ramai tahu bahawa semua orang di Planet ini kaya raya. Ramai dari planet lain yang datang ke planet ini untuk mencuba nasib tidak terkecuali buat diri Daiki. Daiki seorang gadis pandai dan mempunyai raut wajah yang comel, dia datang dari planet yang mundur yang digelar planet padang terkukur. Planet yang hanya akan berbuah dan kehijauan setiap dua tahun sekali sahaja. Mereka hanya dapat bantuan dan cenderamata dari planet-planet jiran termasuklah Planet White Diamond setiap kali perayaan besar diadakan. Kehidupan disitu jangan dikatakan teruk tapi sememangnya teramat teruk. Kesengsaraan mereka telah menyebabkan penduduk kampung menghantar beberapa orang wakil untuk bekerja disana dan menghantar makanan setiap kali mereka dapat gaji.
    
      Bagaimana Arioka Daiki boleh sampai ke planet ini? Ini disebabkan keinginan Daiki untuk membantu penduduk kampung dari berlingu dalam kesusahan.
   
-------

    2 tahun yang lepas…..
    “Betul ke Dai-chan nak ke Planet White Diamond?” tanya ayah Dai-chan dalam keadaan ragu-ragu.
   
     Ni mesti kes tak percayai anaklah ni, gertus hati Dai-chan.
  
     “Betul Oto-san.” Kata Dai-chan dengan bersungguh-sungguh. Susah benar untuk menyakinkan ayahnya seorang ni.
   
     “Kalau itu yang Dai-chan nak Oto-san tak dapat nak buat apa tetapi ada syaratnya!” kata ayahnya sambil mengulung rokok daun.

   “Nani Oto-san?” kata Dai-chan dengan mata bersinar-sinar.

   “Kamu boleh pergi bekerja disana tetapi…” ayah Daiki menghisap rokok daunnya dan menghembus asap rokok sebelum menyambung semula kata-katanya. Daiki tak sabar-sabar untuk mengetahui ayat seterusnya hanya memerhati perbuatan bapanya.

   “Oto-san akan hantar kamu belajar di sekolah sana.” Kata-kata ayahnya benar-benar memeranjatnya.
  Gila ke apa? Dahlah makan tak cukup ada hati ayahnya nak hantarnya untuk belajar disana. Harga nak masuk sekolah disana mencecah 70,000 yen (tak diketahui nilai duit semasa.. kalau mahu menukarkan wang yen kepada ringgit.. maaf)

   “EHHH?? Doishite??? Kita duit pun cukup-cukup makan untuk setahun ni. Nak dapat duit lebih lambat lagi Oto-san. Janganlah membazir, saya pergi sana nak bekerja bukan nak belajar.” Daiki cuba memahami apa yang ayahnya rancang. Pasti ada rancangan yang dirancang oleh ayahnya.

   “Kamu nak ikut cakap Oto-san atau tak payah pergi sana langsung. Pilih mana satu”  kata ayahnya dengan tegas.

   Daiki mengeluh. Dia tahu yang dia tiada pilihan selain menerima tawaran yang tak masuk akal itu lalu dia bersetuju dengan cadangan ayahnya.

   “DAIKI!”


Bersambung….


Myojo, Mac 2013 - "Kekasih" Yaotome Hikaru

Yoh! Apa khabar semua? Harap kau orang semua sihat-sihat belaka..image Saya sihat waa'fiat..image Saya baru sahaja mengkongsikan mengenai Dai-chan baru-baru ni.. Sekarang saya nak tanya siapa peminat Hikaru-chan atau nama sebenar beliau Yaotome Hikaru,image kalau ada peminatnya datang melawat blog ni baguslah sebab saya nak kemas kini mengenainya di blog ni.. Semoga terhibur..image



*Hikaru.. fufufuimage*