
Khamis, 28 November 2013
Khamis, 12 September 2013
Rabu, 11 September 2013
korang info terkini

Korang taukan semalam kecoh fasal kindaichi hajime buat perbikinan filem dekat KL???? wow! semalam saya dah tengok dekat facebook.. tapi tak sempat post sebab kena balik rumah... :( gomen ne minna-chan~.. ni gambar yang saya dapat dari kumpulan-kumpulan peminat Hey! Say! JUMP.... korang saya dapat tahu diaorang dah balik ke Jepun 8/9/2013 itu hari.. ala~
Sabtu, 7 September 2013
Myojo, Oktober 2013 Hey!Say!JUMP 50 Soalan (Bahasa Melayu)

Semalam saya dah kongsikan bahagian 1..
Hari ini pula saya kongsi bahagian 2 bagi majalah Myojo untuk bulan oktober 2013..
Masih ada 2 3 bahagian lagi.. haaaa~ bila nak siap pun saya tak pasti
.. Tapi tak apa.. layanlah dulu ni ok! Nanti ada masa saya alihkan bahasa untuk 2 3 bahagian lagi... Semoga terhibur~!
Jumaat, 6 September 2013
Myojo, Oktober 2013 Hey!Say!JUMP 50 Soalan (Bahasa Melayu)

Selamat pagi semua..
Beberapa hari lepas saya dah kongsikan gambar mereka. Sekarang saya nak kongsikan ini pula...Letihlah juga sebab banyak sangat nak alihkan bahasa walaupun nampak sikit bila membaca..
Oleh sebab itu mari baca ramai-ramai. Selamat terhibur. .!
Selasa, 3 September 2013
Admin baru diperlukan (the new admin are needed)

Selamat malam semua, seperti yang anda baca pada tajuk, blog ini amat berminat untuk mencari Admin tambahan. Ada sesiapa berminat?
- terhad untuk dua orang sahaja!
Myojo 2013.10- Hey! Say! JUMP!
Assalamualaikum dan selamat malam kepada para JUMPer / Tobikko sekalian.. maafkan saya ya sebab dah lama tak mengemas kini data-data mengenai mereka.
Saya minta maaf sangat sebab saya seorang sahaja admin dalam blog ni, tak cukup tangan dibuatnya. Lagipun tengah sibuk dengan sekolah. Ada sesiapa nak minta jadi admin secara suka rela?
Tanpa buang masa, nampaknya saya tengok semua kecoh mengenai Myojo 2013.10 jadi, saya ingat nak kongsikan bersama.
Tanpa buang masa, nampaknya saya tengok semua kecoh mengenai Myojo 2013.10 jadi, saya ingat nak kongsikan bersama.
Khamis, 15 Ogos 2013
fanfic - versi malay (no yaoi)
Tajuk: dia yang aku cinta!
Pairing (gabungan) : AriYama, TaDai,
NakaChii, DaiBuu
Penulis: saya (Jumping Girl)
Ringkasan: seorang gadis yang datang
dari planet mundur dan tidak disangkakan yang dia terjatuh cinta pada Takaki
Yuya salah seorang pelajar kaya disekolahnya… tanpa disangka-sangka salah
seorang dari “The Legend Boy” sukanya dalam diam.. apa yang akan terjadi?
Jenis: Romantik, kawan, fantasi
Kedudukan: PG-13
Peringatan: Arioka Daiki dan Chinen
Yuri adalah perempuan…
Prolog – malay version
“Kyaaaaa~~” semua
orang menjerit bagai esok nak kiamat. Ini situasi yang akan berlaku setiap kali
‘The Legend Boy’ lalu dihadapan para peminatnya. Apa yang menarik mengenai
mereka pun aku tak pasti tapi dari pandangan aku diorang hanya anak-anak jutawan
yang hanya tahu mengunakan duit mak bapak untuk kepuasan sendiri. Itu apa yang
Arioka Daiki fikirkan setiap kali terpandang wajah ‘The Legend Boy’.
Siapa yang tak
kenal dengan ‘The Legend Boy’? Mereka terdiri daripada 4 orang lelaki yang kaya
mengalahkan jutawan-jutawan yang ada, bijak pandai, malahan pandai bersukan.
Ada uar-uar mengatakan yang diaorang pernah mengegarkan Planet White Diamond
dengan kehebatan mereka.
Sebut mengenai Planet White Diamond, planet ini kaya
dengan permata putih sehingga menjadikan planet ini paling terkenal diantara
planet-planet di galaksi ini. Planet ini
terkenal dan ramai tahu bahawa semua orang di Planet ini kaya raya. Ramai dari
planet lain yang datang ke planet ini untuk mencuba nasib tidak terkecuali buat
diri Daiki. Daiki seorang gadis pandai dan mempunyai raut wajah yang comel, dia
datang dari planet yang mundur yang digelar planet padang terkukur. Planet yang
hanya akan berbuah dan kehijauan setiap dua tahun sekali sahaja. Mereka hanya
dapat bantuan dan cenderamata dari planet-planet jiran termasuklah Planet White
Diamond setiap kali perayaan besar diadakan. Kehidupan disitu jangan dikatakan
teruk tapi sememangnya teramat teruk. Kesengsaraan mereka telah menyebabkan
penduduk kampung menghantar beberapa orang wakil untuk bekerja disana dan
menghantar makanan setiap kali mereka dapat gaji.
Bagaimana Arioka
Daiki boleh sampai ke planet ini? Ini disebabkan keinginan Daiki untuk membantu
penduduk kampung dari berlingu dalam kesusahan.
-------
2 tahun yang
lepas…..
“Betul ke Dai-chan
nak ke Planet White Diamond?” tanya ayah Dai-chan dalam keadaan ragu-ragu.
Ni mesti kes tak
percayai anaklah ni, gertus hati Dai-chan.
“Betul Oto-san.”
Kata Dai-chan dengan bersungguh-sungguh. Susah benar untuk menyakinkan ayahnya
seorang ni.
“Kalau itu yang
Dai-chan nak Oto-san tak dapat nak buat apa tetapi ada syaratnya!” kata ayahnya
sambil mengulung rokok daun.
“Nani Oto-san?”
kata Dai-chan dengan mata bersinar-sinar.
“Kamu boleh pergi
bekerja disana tetapi…” ayah Daiki menghisap rokok daunnya dan menghembus asap
rokok sebelum menyambung semula kata-katanya. Daiki tak sabar-sabar untuk
mengetahui ayat seterusnya hanya memerhati perbuatan bapanya.
“Oto-san akan
hantar kamu belajar di sekolah sana.” Kata-kata ayahnya benar-benar
memeranjatnya.
Gila ke apa? Dahlah makan
tak cukup ada hati ayahnya nak hantarnya untuk belajar disana. Harga nak masuk
sekolah disana mencecah 70,000 yen (tak diketahui nilai duit semasa.. kalau
mahu menukarkan wang yen kepada ringgit.. maaf)
“EHHH?? Doishite???
Kita duit pun cukup-cukup makan untuk setahun ni. Nak dapat duit lebih lambat
lagi Oto-san. Janganlah membazir, saya pergi sana nak bekerja bukan nak
belajar.” Daiki cuba memahami apa yang ayahnya rancang. Pasti ada rancangan
yang dirancang oleh ayahnya.
“Kamu nak ikut
cakap Oto-san atau tak payah pergi sana langsung. Pilih mana satu” kata ayahnya dengan tegas.
Daiki mengeluh. Dia
tahu yang dia tiada pilihan selain menerima tawaran yang tak masuk akal itu lalu dia bersetuju dengan cadangan ayahnya.
“DAIKI!”
Bersambung….
Myojo, Mac 2013 - "Kekasih" Yaotome Hikaru
Yoh! Apa khabar semua? Harap kau orang semua sihat-sihat belaka..
Saya sihat waa'fiat..
Saya baru sahaja mengkongsikan mengenai Dai-chan baru-baru ni.. Sekarang saya nak tanya siapa peminat Hikaru-chan atau nama sebenar beliau Yaotome Hikaru,
kalau ada peminatnya datang melawat blog ni baguslah sebab saya nak kemas kini mengenainya di blog ni.. Semoga terhibur..
*Hikaru.. fufufu
*
Sabtu, 20 Julai 2013
Myojo, Mac 2013 - "Kekasih" Arioka Daiki
Jumaat, 19 Julai 2013
kembali! (bersama gambar)
Gomenasai minna-chan!
.. maaf sebab tiba-tiba menyepi.. Yelahkan?? Sekarangkan kita berada di bulan yang paling mulia iaitu Bulan Ramadhan..
.. Saya mohon maaf kepada siapa yang mahu membaca mengenai majalah Myojo bulan Mac 2013 mengenai Hey! Say! JUMP dalam pengalihan bahasa.. Saya sempat alihkan bahasa untuk Yuri, Kota dan Ryosuke sahaja.. Saya minta maaf
kepada sesiapa nak baca mengenai Hikaru, Yuto, Keito, Daiki atau Yuya.. Saya akan cuba untuk mengalihkan bahasa mengenai mereka sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba..
sudah pasti semua semakin sibuk untuk persiapan perayaankan?? 
Mari sini kita cuci-cuci mata sekejap dengan gambar-gambar menarik di bawah:
Mari sini kita cuci-cuci mata sekejap dengan gambar-gambar menarik di bawah:
Rabu, 10 Julai 2013
Myojo, Mac 2013 "kekasih" Yamada Ryosuke
Konichiwa minna-chan!!!
.... Sebelum ini saya telah kongsikan mengenai Chinen Yuri.. Malam ini pula saya nak kongsikan mengenai Yamada Ryosuka.. siapa peminat Ryo-chan dekat sini??
... Baiklah! Selamat membaca buat peminat Ryo-chan!
*oh my "Senyuman Membunuh" awak sangat comel..
*
Isnin, 8 Julai 2013
Myojo, mac 2013 "kekasih" Chinen Yuri
*oh my "Tupai Kecil".. rasa nak cubit saja pipi dia"
Langgan:
Catatan (Atom)